LAWATAN INDUSTRI KE AEMULUS CORPORATION SDN. BHD.

LAWATAN INDUSTRI KE AEMULUS CORPORATION SDN. BHD.

Pada 16 April 2025, satu lawatan industri telah diadakan ke Aemulus Corporation Sdn. Bhd. yang terletak di Pulau Pinang. Lawatan ini melibatkan penyertaan beberapa orang pensyarah daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebagai wakil akademik institusi.Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalin hubungan strategik antara pihak akademik dan industri, khususnya dalam bidang kejuruteraan. Ia turut memberi peluang kepada para pensyarah untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan serta perkembangan teknologi semasa dalam sektor industri, selain meneroka potensi kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi pembangunan kurikulum, penyelidikan bersama, serta penempatan pelajar bagi latihan industri. Lawatan ini mencerminkan komitmen UiTM dalam memperkukuh jaringan industri demi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi yang selari dengan kehendak pasaran semasa. 

Berikut ialah senarai nama wakil dari UiTM dan juga Aemulus Corporation Sdn. Bhd.

Wakil daripada UiTM:

  1. Profesor Dr. Anis Safura Ramli - Timbalan Dekan (P&I), Fakulti Perubatan
  2. Prof. Madya Dr Ismarani Ismail - Timbalan Pengarah (IT), ReNeU
  3. Profesor Madya Dr Fazlena Hamzah - Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (BITCOM)
  4. Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Fauziah Marpani - Koordinator Unit Data Penyelidikan & Inovasi (RMC)
  5. Ir. Dr. Ing Amizon Azizan - Ketua Unit Etika dan Penerbitan (RMC)
  6. Ts. Dr. Aslizah Mohd Aris - Timbalan Rektor (PJI), UiTM Cawangan Negeri Sembilan
  7. Dr. Zadariana Jamil @ Osman - Ketua Kerjasama Strategik dan Projek Khas (BITCOM)
  8. Ts Mohd Khairil Adzhar Mahmood - Timbalan Pegawai Penyelidik, Microwave Research Institute (MRI)
  9. Nur Affini Mohd Sakhaf - Penolong Pendaftar (BITCOM)

Wakil daripada Aemulus Corporation Sdn. Bhd:

  1. Wan Muhammad Razi - Business Development Director
  2. Wong Shee Kian - Chief Technology Officer
  3. Ng Chin Wah - Chief Financial Officer
  4. Tan E-Chiang - VP of Product, Sales & Marketing
  5. Neilwin Lee Regional - Sales Account Manager
  6. Shawn Chai - Advanced Technical Sales Specialist
  7. Hazel Wong - ESG Manager
  8. Jesslyn Ooi - Marketing Communications

Hasil daripada lawatan ini membawa jalinan kerjasama dalam beberapa intipati antaranya:

  • pelaksanaan program latihan industri, yang dijangka dapat memberi manfaat bersama dari segi pembangunan modal insan serta peningkatan kemahiran pelajar.
  • Aemulus menjadi pensyarah jemputan bagi syllabus yang akan ditambah baik
  • menyediakan latihan kursus kepada para academia melalui TOT (train of trainer) supaya aktiviti perpindahan ilmu dan kepakaran dapat dijalankan
  • mewujudkan kerjasama dalam aktiviti permohonan geran di peringkat nasional dengan Aemulus menjadi rakan industri
  • cadangan supaya aktiviti penajaan oleh Aemulus dalam bentuk peralatan atau kepakaran bagi tujuan pengurangan cukai (DTD)

 

Disediakan oleh:
Nur Affini Mohd Sakhaf
Penolong Pendaftar
Business Innovation & Technology Commercialization Centre
(BITCOM)

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm