MESYUARAT KE PUSAT REKABENTUK , PEMBUNGKUSAN DAN KESELAMATAN

MESYUARAT KE PUSAT REKABENTUK , PEMBUNGKUSAN DAN KESELAMATAN

Shah Alam, 11 Mac 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan bersama UniVRse Interactive Sdn. Bhd. dan SIRIM Berhad yang telah berlangsung di Bangunan SIRIM Berhad, Shah Alam.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan peluang kolaborasi strategik antara tiga pihak, iaitu UiTM, SIRIM Berhad dan industri melalui UniVRse Interactive Sdn. Bhd. Dalam mesyuarat tersebut, pihak UniVRse memaklumkan bahawa mereka akan menganjurkan satu platform persidangan maya berkonsepkan Halal Integrated Platform (HIPVERSE) pada 28 April 2025. Persidangan ini akan diadakan dalam bentuk persidangan maya (Virtual Conferencing) dalam persekitaran 3D, dan UiTM telah dijemput sebagai rakan penganjur bagi program tersebut.

UniVRse Interactive Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat berasaskan teknologi maklumat dan perkhidmatan yang membangunkan platform Metaverse berteraskan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) bagi memudahkan penganjuran persidangan secara maya dalam persekitaran 3D.

Delegasi UiTM ke mesyuarat ini terdiri daripada:

1. Profesor Dr. Hussain Ismail, Pengarah Pusat jaringan Industri dan kerajaan, ICAN UiTM
2. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
3. Profesor Madya Dr. Ismarani Ismail, Timbalan Pengarah Industrial technology
4. Profesor Madya Dr. Lokman Ibrahim (Ketua Unit Perolehan Geran Antarabangsa dan Swasta)

Turut serta adalah wakil BITCOM dan MASMED UiTM. Hasil perbincangan telah menyaksikan persetujuan awal untuk membangunkan satu projek perintis (Pilot Project) bersama antara pihak industri, SIRIM Berhad dan UiTM dalam bidang Virtual Innovation Ecosystem.

 

 

Disediakan oleh:

P.M Dr Ismarani Ismail
Timbalan Pengarah Industrial Technology
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
UiTM Shah Alam

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm