TAKLIMAT ENTITI KECEMERLANGAN KE FAKULTI PENDIDIKAN UiTM CAWANGAN SELANGOR

TAKLIMAT ENTITI KECEMERLANGAN KE FAKULTI PENDIDIKAN UiTM CAWANGAN SELANGOR

PUNCAK ALAM, 23 April 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah dijemput oleh Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Puncak Alam bagi memberikan taklimat tentang Entiti Kecemerlangan bertempat di Tg. 5, Bangunan Fakulti Pendidikan UiTM Kampus Puncak Alam.

Taklimat Entiti Kecemerlangan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan memperkukuhkan peranan entiti kecemerlangan (EK) di Fakulti Pendidikan UiTM dalam menyokong agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan akademik sejajar dengan aspirasi universiti dan negara.

Objektif taklimat diadakan adalah seperti berikut:

1. Memberi pendedahan mengenai struktur dan fungsi Entiti Kecemerlangan.
2. Meningkatkan kefahaman pensyarah dan penyelidik tentang hala tuju Entiti Kecemerlangan.
3. Menggalakkan kerjasama pelbagai disiplin dalam penyelidikan berimpak tinggi.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) yang merangkumi:

    • Definisi dan matlamat Entiti Kecemerlangan.
    • Peranan Entiti Kecemerlangan dalam menyokong pelan strategik penyelidikan Fakulti dan Universiti.
    • Peluang pembiayaan, kolaborasi dan penyeliaan melalui EK.
    • Pencapaian EK sedia ada dan perancangan masa hadapan.

Turut hadir bagi sesi taklimat ini adalah Timbalan Pengarah, Koordinator dan Pentadbir ReNeU.

Taklimat yang telah disampaikan ini telah membuka ruang perbincangan yang positif dalam memantapkan lagi budaya penyelidikan dan kecemerlangan akademik di Fakulti Pendidikan UiTM. Adalah diharapkan agar EK dapat dimanfaatkan secara optimum sebagai platfom penyelidikan berimpak tinggi dan jaringan kolaboratif di peringkat nasional dan antarabangsa.

 

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm