Latihan Jabatan Penyelidikan & Inovasi siri 1/2025 dengan jayanya telah diadakan pada 14 Mei 2025 bertempat di Bilik Seminar MITRANS, Bangunan Ilmu, UiTM Shah Alam dengan tajuk Pengurusan Risiko dan Krisis. Latihan ini merupakan inisiatif bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada semua Penyelaras Risiko lantikan di bawah 22 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di JPI terhadap risiko yang berpotensi berlaku dalam pengoperasian organisasi.
Latihan JPI ini menampilkan Profesor Madya Dr. Norhaslinda Kamaruddin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko UiTM untuk berkongsi pendekatan strategik dalam mengenal pasti, menilai dan merancang tindakan terhadap risiko yang akan atau sedang berlaku. Peserta juga didedahkan cara penggunaan Sistem Pengurusan Risiko, e-RMS secara sistematik.
Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 30 orang Penyelaras Risiko PTJ. Sesi latihan pengisian templat daftar risiko dan sesi soal jawab interaktif turut diadakan bagi membolehkan para peserta mengaplikasikan kefahaman mereka secara praktikal dan berkongsi cabaran sebenar yang dihadapi di peringkat pelaksanaan.
Disediakan oleh:
Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi