LAWATAN PENANDAARASAN PENERBIT UiTM KE PENERBIT USIM

LAWATAN PENANDAARASAN PENERBIT UiTM KE PENERBIT USIM

Pada Isnin, 19 Mei 2025, Penerbit Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Delegasi Penerbit UiTM yang diketuai oleh Pengarah, YBrs. Profesor Sr Ts Dr Zulhabri Ismail, bersama Timbalan Pengarah dan semua Ketua Unit, telah disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah Penerbit USIM, YBrs. Puan Hariza Mohd Yusof.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan penerbitan dan memperkukuh keberkesanan operasi Penerbit UiTM. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pengurusan manuskrip, struktur bayaran royalti, pelaksanaan perjanjian penerbitan, serta strategi pemasaran dan jualan.

Penerbit UiTM sentiasa komited untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan demi mencapai sasaran Performance Indicator (PI) yang ditetapkan, selari dengan aspirasi universiti. Diharapkan lawatan ini membuka ruang sinergi dan memberi manfaat bersama dalam menghasilkan karya terbitan berkualiti tinggi serta menjana sumber pendapatan yang mampan.

 

Disediakan oleh:
Fatin Amalina Rohadi
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM

     
 



Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm