LATIHAN JPI SIRI 2/2025 : BAGAIMANA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN TEMPAT KERJA YANG SIHAT

LATIHAN JPI SIRI 2/2025 : BAGAIMANA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN TEMPAT KERJA YANG SIHAT

Latihan Jabatan Penyelidikan & Inovasi siri 2/2025 telah diadakan pada 22 Mei 2025 dengan tajuk Budaya Tempat Kerja: Bagaimana Mewujudkan Persekitaran Tempat Kerja yang Sihat. Latihan ini telah menampilkan Encik Norhisham Ya’cob, Timbalan Pegawai Psikologi, Pusat Asasi UiTM sebagai penceramah jemputan.

Pelbagai strategi yang dikongsi untuk mewujudkan persekitaran kerja yang sihat bagi meningkatkan motivasi dan produktiviti yang menyumbang kepada seluruh warga kerja. Selain itu, penceramah juga telah membuat beberapa aktiviti untuk mengenal pasti personaliti dan karakter setiap individu melalui Ujian Inventori Personaliti Warna (IPW) dan menganalisis jenis lukisan yang dibuat.

Dengan kehadiran seramai 35 orang peserta, rata-rata memberi maklum balas yang baik dan berharap agar latihan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Para peserta menyatakan bahawa mereka lebih memahami personaliti diri sendiri dan rakan sekerja melalui pendekatan yang dibuat.

 

 

Disediakan oleh:

Nur Ruzana Rosli / Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm