PENGANJURAN UKHUWAH@PI SIRI 5 TAHUN 2025

PENGANJURAN UKHUWAH@PI SIRI 5 TAHUN 2025

​Ukhuwah@PI Siri 5 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Mei 2025 bertempat di Bilik Seminar Al-Jazari, Aras 6, Blok 1, Kompleks Kejuruteraan, UiTM Shah Alam. Majlis dimulakan pada jam 8.45 pagi dengan bacaan Surah Yasin yang ditujukan khusus untuk kesejahteraan seluruh warga Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) serta mendoakan kesihatan berpanjangan buat Naib Canselor UiTM.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian pengalaman oleh wakil dari SMRI dan IIESM yang telah menghadiri kursus latihan baru-baru ini. Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian surat penghargaan kepada para penyelidik dari IIESM atas kejayaan membanggakan dalam pencapaian i-UiTM Score bagi tahun 2024.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada IIESM, SMRI dan IBSD atas kesudian menjadi tuan rumah bagi penganjuran Ukhuwah@PI pada kali ini. Semoga semangat ukhuwah dalam kalangan warga JPI terus mekar dan kukuh dalam mencapai kecemerlangan bersama.

 

 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm