LATIHAN JPI SIRI 3/2025: REKA BENTUK MENERUSI TIPOGRAFI

LATIHAN JPI SIRI 3/2025: REKA BENTUK MENERUSI TIPOGRAFI

Latihan Jabatan Penyelidikan & Inovasi Siri 3/2025 telah diadakan pada 10 Jun 2025 dengan tajuk Reka bentuk Menerusi Tipografi. Sesi ini telah dikendalikan oleh pensyarah berpengalaman dari Fakulti Seni Lukis & Seni Reka iaitu Encik Mohamed Izzat Mohamed Khalil merangkap Koordinator di Unit Komunikasi & Ketampakan Penyelidikan (UKKP).

Seramai 45 orang staf pentadbiran di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah menyertai sesi ini bertempat di Makmal Komputer 2, PTAR 1, UiTM Shah Alam untuk mempelajari susun atur tipografi. Dalam sesi latihan, peserta telah didedahkan kepada sejarah awal tipografi, evolusi jenis huruf, prinsip dan teori reka bentuk serta peranan tipografi dalam mereka bentuk.

Sesi latihan turut diserikan dengan aktiviti praktikal, di mana peserta diminta mereka bentuk poster menggunakan elemen tipografi, sekaligus mengaplikasikan prinsip susun atur grafik yang dipelajari selari dengan tatacara pengurusan Korporat UiTM. Latihan ini telah berjaya mencetuskan kreativiti peserta dan memperkasa kefahaman mereka terhadap kepentingan tipografi dalam menyampaikan mesej visual dengan lebih berkesan.

 

 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm