LAWATAN RASMI DELEGASI POLITEKNIK NEGERI BALI KE UITM

LAWATAN RASMI DELEGASI POLITEKNIK NEGERI BALI KE UITM

UiTM menerusi Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Politeknik Negeri Bali yang diketuai oleh Prof. Dr. Ir. Lilik Sudiajeng, bersama Dr. Putu Hermawati dan Puan Yuliana pada 17 Jun 2025. Dalam kunjungan ini, para delegasi telah berkongsi kepakaran melalui syarahan akademik yang bermanfaat di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Kimia dalam memperkaya wacana ilmiah dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

Delegasi turut dibawa melawat ke dua Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – CoE) UiTM, iaitu Solar Research Institute (SRI) yang memfokuskan kepada penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, serta Institute for Infrastructure Engineering and Sustainable Management (IIESM) yang menerajui pembangunan dalam bidang kejuruteraan mampan.

Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan dua hala antara UiTM dan Politeknik Negeri Bali, malah membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan, serta pembangunan inovasi di peringkat serantau.

Semoga jalinan ini terus mekar dan memberi impak positif kepada komuniti akademik kedua-dua institusi dalam menghadapi cabaran pendidikan tinggi masa kini.

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm