PEMBENTANGAN KKP – I-SUSTAIN:  INTEGRATED ASSESSMENT AND INDEXING OF STRUCTURE AND INFRASTRUCTURE SUSTAINABILITY IN MALAYSIAN PUBLIC HOUSING

PEMBENTANGAN KKP – I-SUSTAIN: INTEGRATED ASSESSMENT AND INDEXING OF STRUCTURE AND INFRASTRUCTURE SUSTAINABILITY IN MALAYSIAN PUBLIC HOUSING

Putrajaya, 21 Ogos 2025 – Pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan (KKP) bagi projek I-SUSTAIN - Integrated Assessment and Indexing of Structure and Infrastructure Sustainability in Malaysian Public Housing telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Thabrani, Tingkat 7, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Tujuan pembentangan Kertas Kerja Penyelidikan (KKP) ini adalah untuk memperincikan objektif kajian I-SUSTAIN myHousing; dengan memberi tumpuan kepada penilaian integriti struktur dan infrastruktur bangunan berfokus kepada Perumahan Rakyat termasuk kestabilan tanah, jalan raya serta loji rawatan air kumbahan; pembangunan Sustainability Index (SI); pembentukan rangka kerja komprehensif dan berstruktur bagi SI; serta penggubalan kertas dasar yang mengintegrasikan SI dengan Akta 133 dan membuat perbandingan dengan komponen Urban Renewal Act (URA).

I-SUSTAIN juga menekankan impak yang signifikan merangkumi peningkatan keselamatan serta jangka hayat perumahan awam, sokongan kepada pembangunan bandar mampan, pengukuhan dasar dan proses membuat keputusan kerajaan, manfaat ekonomi serta kewangan, di samping penambahbaikan kualiti hidup khususnya bagi kumpulan B40.

Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Yogitha a/p V. Muniandy, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, KPT.  Panel Penilai KKP bagi kumpulan I-SUSTAIN diketuai oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Rosziati Ibrahim. 

UiTM melalui Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) turut diwakili oleh Pengarah ReNeU yang memangku jawatan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, serta Timbalan Pengarah RMC, Dr. Ummi Marshida, bersama delegasi JPI.  Kehadiran wakil-wakil utama ini mencerminkan komitmen padu UiTM dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan berimpak tinggi, khususnya dalam bidang kelestarian infrastruktur perumahan awam. 

UiTM terus menzahirkan sokongan melalui jaringan kepakaran, penyelarasan strategik dan pengukuhan kapasiti penyelidik bagi memastikan projek I-SUSTAIN dapat memberi sumbangan besar kepada dasar negara, pembangunan mampan, dan kesejahteraan komuniti.

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm