LAWATAN PENANDAARASAN PENERBIT IKIM KE PENERBIT UiTM

LAWATAN PENANDAARASAN PENERBIT IKIM KE PENERBIT UiTM

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Penerbit UiTM telah berbesar hati menerima kunjungan rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melalui Penerbit IKIM bagi tujuan lawatan penandaarasan. Delegasi IKIM diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM bersama YBrs. Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM serta disertai oleh Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik (SYARAK), Felo Utama Pusat SYARAK, Pengurus Editor Jurnal TAFHIM, Ketua Unit Editorial, Ketua Penerbit IKIM, Penolong Ketua Penerbit IKIM dan Pengurus Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan penerbitan di Penerbit UiTM, termasuk proses editorial, pengurusan manuskrip, strategi pemasaran, serta penerapan teknologi digital dalam operasi penerbitan. 

Delegasi dari IKIM disambut mesra oleh YBrs. Profesor Sr Ts Dr Zulhabri bin Ismail, Pengarah Penerbit UiTM, Timbalan-timbalan Pengarah dan semua Ketua Unit Penerbit UiTM. Turut dijemput dalam lawatan ini adalah Ir. Dr.-Ing. Amizon Azizan, Ketua Unit Etika dan Penerbitan, Research Management Centre (RMC). Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas berkaitan struktur organisasi, inisiatif penerbitan semasa, aktiviti promosi dan hala tuju strategik Penerbit UiTM dalam memperkasa penerbitan karya ilmiah. 

Sebagai kesimpulannya, lawatan ini telah membuka ruang kepada kerjasama strategik yang merangkumi peluang untuk penerbitan bersama serta pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA).

Penerbit UiTM amat menghargai peluang kerjasama yang terjalin melalui sesi ini dan berharap kunjungan rasmi tersebut dapat menyumbang secara langsung kepada peningkatan kualiti penerbitan serta kelestarian pendapatan bagi kedua-dua institusi. Lawatan seumpama ini juga diyakini mampu memperkukuh jaringan profesional dan merintis peluang kolaborasi pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Fatin Amalina Rohadi
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm