PENYERTAAN JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI, UiTM KE THE 25TH MALAYSIA - INTERNATIONAL HR AWARD 2025 (HR BEST PRACTICE – PUBLIC SECTOR)

PENYERTAAN JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI, UiTM KE THE 25TH MALAYSIA - INTERNATIONAL HR AWARD 2025 (HR BEST PRACTICE – PUBLIC SECTOR)

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sukacitanya telah menghantar penyertaan rasmi bagi The 25th Malaysia-International HR Award anjuran Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) pada 2 September 2025. 

Penyertaan ini merupakan salah satu inisiatif strategik JPI dalam mengetengahkan amalan terbaik pengurusan sumber manusia universiti ke peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh jenama UiTM sebagai institusi awam yang sentiasa komited terhadap kecemerlangan tadbir urus dan pembangunan modal insan.

Bagi tujuan penyertaan ini, seramai sembilan (9) orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik untuk menganggotai Taskforce JPI UiTM di bawah kategori HR Best Practice – Public Sector yang terdiri daripada:

Penasihat: Profesor Ts Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Pengerusi: Ts Mohd Rafizi Rahmad, Pengarah BPSSM

Timbalan Pengerusi: Puan Nur Syazwani Ahamad Azahari, Ketua UMS

Setiausaha: Encik Muhammad Adib Ibrahim, Penolong Pendaftar BPSSM

Ahli Jawatankuasa:

(i) Puan Nur Shahirah Nor Azman, Pegawai Eksekutif Kanan ReNeU
(ii) Puan Haryani Hanip, Pegawai Eksekutif BPSSM
(iii) Puan Siti Farah Wahidah Mohamed Saki, Pegawai Eksekutif BPSSM
(iv) Cik Puteri Nurul Iman Ishak, Pelajar Latihan Industri BPSSM
(v) Cik Husna Natasha Mohd Shariff, Pelajar Latihan Industri BPSSM

Kesemua Ahli Jawatankuasa Taskforce ini telah menunjukkan tahap komitmen yang amat tinggi serta kerjasama erat dalam memastikan setiap input penyertaan dapat disediakan secara teratur, menyeluruh dan menepati kriteria pertandingan. Hasil daripada usaha gigih dan dedikasi pasukan, hampir 70 muka surat laporan komprehensif telah berjaya disiapkan yang merangkumi pencapaian, inisiatif inovatif, impak serta amalan terbaik yang dilaksanakan oleh UiTM khususnya JPI dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

Semoga segala usaha, kerja keras serta semangat sinergi warga JPI UiTM dalam menyediakan laporan ini akan membuahkan hasil yang positif, seterusnya mengharumkan nama universiti di peringkat antarabangsa.

 

Disediakan oleh:

 

Haryani Hanip CHRO, MMIHRM
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm