BOOK WRITING WITH UITM PRESS BERSEMPENA FKK WRITING WEEK 2025

BOOK WRITING WITH UITM PRESS BERSEMPENA FKK WRITING WEEK 2025

Pada 4 September 2025 (Khamis), Fakulti Kejuruteraan Kimia telah menganjurkan program Book Writing with UiTM Press bersempena FKK Writing Week 2025. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga fakulti mengenai proses penerbitan karya ilmiah bersama Penerbit UiTM, di samping menggalakkan penghasilan karya ilmiah yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial.

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ir. Dr. Ashraf Azmi, Penyelaras Penerbitan dan Trek Penyelidikan FKK. Program diteruskan dengan perkongsian oleh YBrs. Profesor Sr Ts Dr Zulhabri bin Ismail, Pengarah Penerbit UiTM dan Puan Nur Farabiyah Shamsudin, Timbalan Pengarah (Penerbitan). Seramai 24 orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah hadir bagi mengikuti sesi perkongsian ini. Antara pengisian utama termasuk ilmu dan pengalaman berkaitan proses penerbitan buku akademik di UiTM, merangkumi garis panduan penulisan, pengurusan manuskrip, proses editorial serta strategi penerbitan berdaya pasaran yang berpotensi menjana pendapatan.

Program turut menampilkan sesi khas bersama YBrs. Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid, Profesor Kehormat Fakulti Kejuruteraan Kimia, yang berkongsi pengalaman dan pandangan beliau tentang peranan penulisan buku dalam memperkayakan ilmu serta menyumbang kepada pembangunan akademik universiti. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Ir. Dr. Azil Bahari Alias, Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia yang menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah.

Secara keseluruhan, program ini telah memberi pendedahan menyeluruh kepada warga fakulti mengenai proses penerbitan buku bersama Penerbit UiTM. Perkongsian bermanfaat ini diharap dapat meningkatkan kefahaman pensyarah dan penyelidik tentang peluang penerbitan yang tersedia serta menjadi pemangkin kepada lebih ramai pensyarah untuk menghasilkan buku ilmiah yang berkualiti dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Shafidatul Iffa Mahayudin
Penerbit UiTM
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm