SESI TAKLIMAT HANDOVER & PILOTING OF THE PROTOTYPES OF MOHE TECHNOLOGY READINESS LEVEL (TRL) ASSESSMENT AND VALIDATION INSTRUMENT

SESI TAKLIMAT HANDOVER & PILOTING OF THE PROTOTYPES OF MOHE TECHNOLOGY READINESS LEVEL (TRL) ASSESSMENT AND VALIDATION INSTRUMENT

Inovasi Penilaian TRL: Jambatan Penyelidikan dan Industri, Pemacu Pembangunan Negara

UiTM Shah Alam, 11 September – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi negara menerusi satu lagi inisiatif strategik – instrumen penilaian dan pengesahan Technology Readiness Levels (TRL) yang dibangunkan khusus untuk menilai kesediaan teknologi hasil penyelidikan tempatan.

Majlis Handover and Piloting of the Prototype of MOHE TRL Assessment and Validation Instrument telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan pada jam 2.30 petang. Sesi ini disemarakkan dengan kehadiran dan komitmen tiga Pengarah utama dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UiTM iaitu Research Management Centre (RMC), Research Nexsus UiTM (ReNeU) serta Bussiness Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM).

Kehadiran ketiga-tiga kepimpinan ini bukan sekadar melambangkan sokongan, malah mencerminkan kesepaduan usaha dalam memperkasakan laluan penyelidikan universiti kepada aplikasi nyata di dunia industri dan masyarakat. Kerjasama strategik ini merupakan isyarat jelas bahawa UiTM beriltizam untuk memastikan setiap penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan mampu diterjemahkan menjadi impak nyata, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Taklimat utama disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Shahir Shamsir, tokoh utama di sebalik pembangunan instrumen ini. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa instrumen TRL bukan sekadar alat penilaian teknikal, tetapi merupakan jambatan strategik yang menghubungkan dunia akademik dengan keperluan sebenar industri dan masyarakat.

“Dengan adanya instrumen ini, kita lebih yakin bahawa penyelidikan yang dihasilkan akan diterjemahkan kepada impak nyata untuk pembangunan negara,” ujar beliau.

Instrumen ini dijangka memperkenalkan pendekatan penilaian yang lebih objektif, telus dan standard terhadap tahap kesediaan teknologi, sekaligus meningkatkan keyakinan industri untuk menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

Inisiatif ini dilihat sebagai pemacu kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan. Ia bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena inovasi global, tetapi turut menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh industri tempatan dan antarabangsa. Ia juga dijangka dapat membantu mentransformasikan hasil penyelidikan akademik kepada produk atau perkhidmatan yang sedia untuk dikomersialkan, sekali gus mampu mengangkat martabat Malaysia khususnya Universiti Teknologi MARA di persada antarabangsa.

Semoga sesi ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi erat antara pihak akademik, industri, dan kerajaan, demi menjayakan agenda penyelidikan dan inovasi negara.

 

Disediakan oleh:

Dr. Eva Salmee Mohd Salleh
Research Management Centre
UiTM Shah Alam

 
 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm