KURSUS SIJIL KOMPETENSI OPERASI DRON (SKOD)

KURSUS SIJIL KOMPETENSI OPERASI DRON (SKOD)

Smart Manufacturing Research Institute (SMRI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai, Politeknik Port Dickson, dan Aiyana Universe Solutions telah berjaya menganjurkan Kursus Sijil Kompetensi Operasi Dron (SKOD) pada 15 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek.

Kursus kompetensi selama tiga hari ini memberi pendedahan menyeluruh merangkumi aspek teori dan praktikal seperti sejarah dron, peraturan penerbangan, keselamatan operasi serta penilaian amali. Dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah dari ILP Perai yang berpengalaman, para peserta telah berjaya menguasai kemahiran asas pengendalian dron sejajar dengan keperluan industri semasa.

Kursus ini berstatus HRDC claimable dan mendapat kelulusan jam Continuing Professional Development (CPD) daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Penyertaan industri melibatkan seramai 10 peserta daripada dua syarikat iaitu Afrima Consulting Engineer Sdn. Bhd. dan Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn. Bhd.

Selain itu, kandungan kursus dirangka selaras dengan Akta Penerbangan Awam (CAAM) dan berpandukan NOSS SKM UAV Tahap 2. Sijil Kompetensi Operasi Dron (SKOD) yang dikeluarkan diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, menjadikan kursus ini platform penting untuk melahirkan pengendali dron bertauliah di negara ini.

Menurut Pengarah Program, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Renga Rao Krishnamoorthy, kursus ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada peningkatan kompetensi teknikal, malah turut menekankan aspek kesedaran etika dan pematuhan undangundang penerbangan dron. Beliau percaya, usaha sebegini akan membantu membentuk ekosistem penerbangan dron yang lebih selamat, profesional, dan berdaya saing di Malaysia.

Kejayaan penganjuran kursus ini menjadi pemangkin kepada inisiatif lanjutan, termasuk cadangan memperkenalkan kursus tahap lebih tinggi bagi melahirkan pengendali dron profesional pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

 

Hajira binti Ramlan
Smart Manufacturing Research Institute (SMRI)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
0133442487

Puan Idanawati Naharudin
Smart Manufacturing Research Institute (SMRI)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
013-346 2509

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm