KUNJUNGAN RASMI UNIVERSITAS HASANUDDIN (UNHAS) KE UITM PERKUKUH JARINGAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA

KUNJUNGAN RASMI UNIVERSITAS HASANUDDIN (UNHAS) KE UITM PERKUKUH JARINGAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA

SHAH ALAM, 25 September 2025 – Delegasi Universitas Hasanuddin (UNHAS), Indonesia telah disambut oleh Neksus Penyelidikan UiTM dalam Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan UiTM–UNHAS. Sesi mesyuarat yang berlangsung di ReNeU ini dipengerusikan oleh Pengarah ReNeU, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, dengan kehadiran barisan Timbalan-Timbalan Pengarah / Koordinator ReNeU serta Koordinator UKKP  UiTM. Perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan teknologi elektrik. 

Sejurus selepas mesyuarat, delegasi telah dibawa melawat ke Solar Farm Gambang untuk meninjau operasi tenaga solar berskala besar UiTM yang dikendalikan oleh CoE Solar Research Institute (SRI) yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Nofri Yenita Dahlan. Lawatan ini memberi peluang kepada pihak UNHAS memahami keupayaan UiTM dalam pembangunan teknologi tenaga lestari dan membuka ruang kepada projek penyelidikan bersama di masa hadapan.

Agenda lawatan diteruskan pada 26 September 2025 dengan Mesyuarat Bersama Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) dan SRI. Selain lawatan ke makmal serta fasiliti penyelidikan FKE, perbincangan turut difokuskan kepada potensi penerbitan bersama, program akademik, dan pembangunan teknologi dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

 

 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm