25TH NATIONAL SEMINAR ON HR BEST PRACTICES ANJURAN MALAYSIAN INSTITUTE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (MIHRM)

25TH NATIONAL SEMINAR ON HR BEST PRACTICES ANJURAN MALAYSIAN INSTITUTE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (MIHRM)

29 – 30 Oktober 2025 | Hotel Hilton, Petaling Jaya

25th National Seminar on HR Best Practices menjadi platform unggul yang menghimpunkan para profesional dan pemimpin industri bagi berkongsi pandangan, membincangkan trend semasa serta meneroka strategi inovatif dalam bidang pengurusan sumber manusia. Program selama dua hari ini bertujuan memperkukuh budaya kecemerlangan, memperkasa kepimpinan serta memupuk pembangunan profesional berterusan merentas pelbagai sektor industri.

Buat julung kalinya, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), UiTM telah disenarai pendek ke peringkat kedua dan dijemput membentangkan tajuk “From Training to Transformation: Building an Innovative, Inclusive & Digital-Ready Workforce.” Pembentangan disampaikan oleh Ts. Mohd Rafizi Rahmad selaku Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, JPI. Turut hadir memberikan sokongan ialah Profesor Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang telah memberikan suntikan semangat dan penghargaan atas komitmen pasukan JPI dalam memperkasa inovasi dan kecemerlangan sumber manusia di peringkat kebangsaan.

Semoga segala idea dan usaha yang dicurahkan menjadi sumber inspirasi serta rujukan amalan terbaik dalam memperkasa pembangunan sumber manusia di UiTM.

“At JPI - HR is more than management — it is fairness, inclusivity, and innovation driving people towards excellence.”

 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

See Details

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm