FORUM PERDANA @ FOI SELANGOR

FORUM PERDANA @ FOI SELANGOR

26 Oktober 2025 | Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

UiTM Shah Alam sekali lagi menjadi tumpuan apabila dipilih sebagai tuan rumah Festival of Ideas (FOI) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025. Sebagai salah satu acara utama program berprestij ini, Forum Perdana @ FOI Selangor 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Oktober 2025 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Forum berimpak tinggi ini menghimpunkan tokoh-tokoh ilmuwan dan pemikir terkemuka bagi membincangkan topik yang cukup signifikan, “Inovasi Berteraskan Nilai MADANI: Membangun Negara Sejahtera.” Turut memeriahkan majlis ialah wakil pelajar dari universiti-universiti di sekitar Negeri Selangor, di samping warga UiTM yang membanjiri Dewan Agung Tuanku Canselor untuk mendengar perkongsian ilmu yang sarat dengan inspirasi dan nilai.

Barisan panel forum terdiri daripada:

1.    Profesor Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.    Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah binti Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya, Pendakwah Bebas
3.    Profesor TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Mantan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni, UiTM

Kupasan demi kupasan yang dikongsi para panel bukan sahaja menyentuh aspek inovasi dan pembangunan negara, tetapi turut menekankan kepentingan nilai, etika serta kesejahteraan insan dalam membentuk masyarakat MADANI yang progresif. Diharapkan program ini menyatukan idea dan inspirasi ke arah membentuk generasi yang berfikiran kritikal dan berakhlak mulia.

 

 

Disediakan oleh:

Haryani Hanip
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm