Pada 4 November 2025 (Isnin), Penerbit UiTM telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan tindakan susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JkTK) bersama Bahagian Integriti di Bilik Mesyuarat Penerbit UiTM.
Perbincangan ini diadakan bagi meneliti, memperincikan serta memastikan pelaksanaan serta pemantauan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JkTK) dibuat secara teratur dan berkesan. Sesi ini juga menjadi platform kepada Penerbit UiTM untuk menjelaskan tindakan yang telah diambil, sedang dalam tindakan dan mengenal pasti isu serta cabaran dalam pelaksanaan keputusan tersebut.
Bahagian Integriti UiTM diketuai oleh Pengarah, Encik Mohd Hafiz Ramlee, CeIO dan Ketua Unit Pengurusan Aduan, Pengesanan dan Pengesahan, Tadbir Urus, Encik Muhammad Syafiq Kamaruzaman. Manakala Penerbit UiTM diketuai oleh Pengarah, Profesor Sr Ts Dr Zulhabri Ismail bersama Timbalan Pengarah (Penerbitan) serta Penolong Pendaftar Kanan Unit Pentadbiran.
Secara keseluruhannya, sesi ini membantu Penerbit UiTM memperkukuh pelaksanaan tindakan susulan secara berintegriti dan telus serta memastikan laporan maklum balas disediakan mengikut prinsip tatakelola universiti.
Disediakan oleh:
Fatin Amalina Rohadi
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM


