Pada 18 November 2025 (Selasa), Puan Nur Jannah Abd Malib (Penolong Pendaftar) dan Puan Shahfika Ezaliza Sulaiman (Kerani Kanan) selaku wakil Penerbit UiTM, telah menghadiri Sesi Town Hall PNM bersama Penerbit dan Penulis 2025 yang bertempat di Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
Program ini diadakan bertujuan sebagai platform libat urus bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada penerbit dan penulis di Malaysia berhubung pelaksanaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331) serta usaha penambahbaikan dan pendigitalan sistem penyerahan bahan penerbitan negara.
Program dibahagikan kepada dua sesi:
1. Taklimat Akta Hak Cipta
2. Sesi Dialog Bersama Penerbit
Sesi pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama strategik antara PNM dan pihak industri penerbitan, di samping meneliti cabaran serta cadangan daripada penerbit dan penulis dalam mempertingkatkan kecekapan pelaksanaan dasar sedia ada.
Disediakan oleh:
Nur Jannah Abd Malib
Penolong Pendaftar
Penerbit UiTM
