Pada 23 April 2026, satu kunjungan hormat delegasi Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) ke Pejabat Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berlangsung dengan jayanya.
Lawatan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara MTDC dan UiTM khususnya dalam bidang inovasi, pengkomersialan teknologi, pembangunan penyelidikan serta pemerkasaan ekosistem industri dan akademia. Delegasi MTDC telah diketuai oleh Group CEO, Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan, manakala pihak UiTM diwakili oleh Prof. Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim, Prof. Ts. Dr. Asmah serta rakan-rakan penyelidik UiTM.
Sesi perbincangan turut memberi fokus kepada peluang kolaborasi dalam pembangunan teknologi, pemindahan ilmu, sokongan pengkomersialan hasil penyelidikan dan penerokaan peluang dana strategik yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Program ini secara tidak langsung memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti dan industri selaras dengan aspirasi UiTM dalam memperkasa agenda penyelidikan berimpak tinggi dan pengkomersialan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Disediakan oleh:
