PERBINCANGAN BENGKEL SUSULAN PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2026-2030

PERBINCANGAN BENGKEL SUSULAN PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI 2026-2030

Perbincangan Bengkel Perancangan Strategik ini dipengerusikan oleh Pengarah Ts. Dr. Mohd Rafizi Rahmad Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia (BPSSM), bersama Pengarah bagi setiap pusat tanggungjawab iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Business Innovation & Technology Commercialization (BITCOM) dan Penerbit UiTM serta Timbalan Pengarah bagi setiap pusat tanggungjawab tersebut.

Sesi perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan dan memuktamadkan Perancangan Strategik Jabatan Penyelidikan dan Inovasi bagi tempoh 2026 hingga 2030 bagi menyelaraskan hala tuju yang strategik dengan keperluan semasa dan masa hadapan, seterusnya dapat mengenal pasti impak utama serta inisiatif bagi menyokong pencapaian objektif jabatan.

Melalui sesi perbincangan intensif ini, perbincangan ini menekankan kepada lima faktor bagi perancangan strategik pada 2026 hingga 2030 iaitu:

  1. Strategic Goal
  2. Strategic Focus
  3. Stategic Objective
  4. Key Impact
  5. Desired Impact
  6. Key Impact Initiatives

Perkara ini telah dibincangkan dan dibentangkan oleh setiap Pengarah PTJ bagi melihat perancangan strategik 2026 hingga 2030 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berkesan.

Secara Keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan penghasilan kerangka strategik yang lebih jelas dan komprehensif bagi tempoh 2026 hingga 2030. Adalah diharapkan agar hasil bengkel ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan dan memberi impak yang signifikan kepada kecemerlangan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi.

 

Disediakan oleh:

Mohamad Daniel Ashraf bin Abull Hamid
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm