LAWATAN PENANDAARASAN KE PUSAT PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN LAPANGAN (CRAFS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

LAWATAN PENANDAARASAN KE PUSAT PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN LAPANGAN (CRAFS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

20 April 2026 – Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah mengadakan lawatan penandaarasan strategik ke Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (CRAFS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, Terengganu.

Delegasi UiTM yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Sains Kanan, Ts. Ameran Saiman, bersama Ketua Unit Pembangunan Sistem (Jabatan Digital), Ts. Mohd Azrul Amir Muhamad Tajudin, turut disertai oleh barisan Pegawai Sains dan Pegawai Teknologi Maklumat. Ketibaan mereka telah disambut mesra oleh Ketua Bahagian Pengurusan Makmal, Encik Asrul Azani Mahmood, bersama warga kerja Pejabat CRAFS.

Secara objektifnya, lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan makmal, pematuhan biokeselamatan, penyelidikan dan inovasi di samping memperkukuh kerjasama strategik antara UiTM dan UMT.

Sepanjang lawatan, delegasi diberikan taklimat berkaitan tadbir urus CRAFS di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Selain itu, delegasi turut didedahkan kepada aplikasi e-Lab Access Record (e-LAR), sebuah sistem rekod digital penggunaan makmal termasuk penilaian kawalan bahan bahaya dan risiko biologi. Sesi ini berjaya membuka ruang perkongsian idea dua hala ke arah pemerkasaan pengurusan makmal dan biokeselamatan universiti.

Sebagai nilai tambah, delegasi berpeluang meninjau fasiliti di Institute of Oceanography and Environment (INOS), sebuah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HiCoE) yang menumpukan kepakaran dalam penyelidikan sains marin, kajian lautan, dan ekosistem akuatik di UMT.

Pihak JPI menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengurusan CRAFS atas kesudian menerima kunjungan ini. Usaha sama ini diharap dapat meletakkan asas yang kukuh bagi kolaborasi berterusan antara kedua-dua institusi pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:

Norazlin Haji Suboh 
Pegawai Sains Kanan
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm