SHAH ALAM, 30 April 2026 – Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) telah berjaya melaksanakan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) sebagai langkah strategik bagi memastikan pengurusan sumber manusia dan struktur organisasi jabatan sentiasa cekap, optimum, dan mematuhi kelulusan yang telah ditetapkan.
Sesi auditan yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah diketuai oleh Ketua Auditor, Encik Armyn Fahmy Mohd Fahmy, yang merupakan Pengarah, Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia dari Jabatan Pembangunan. Barisan Auditor adalah terdiri daripada Pn. Norita Binti Sapien, Pn. Noorasyura Abdul Aziz, Pn. Noor Azmah Binti Zuber, Pn. Noorsalissa Saedan, En. Muhammad Zuhair Afham Bin Mohd Nasir dan En. Mohd. Hafiz Bin Ramlee. Untuk makluman juga, bahawa sesi Audit AKPO ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh sistem UiTM Malaysia bermula dari bulan April sehingga Mei 2026.
Tujuan dan Skop Pengauditan Pelaksanaan AKPO ini bertujuan untuk menilai tiga elemen utama iaitu pematuhan terhadap prinsip perjawatan, keberkesanan fungsi jabatan selaras dengan objektif penubuhannya, serta kecekapan dalam pengoptimuman sumber manusia,. Secara khususnya, pengauditan di JPI
merangkumi empat komponen utama:
- Profil Agensi: Menyemak pelaksanaan fungsi JPI agar selari dengan misi memacu kecemerlangan dalam penyelidikan, inovasi, dan pengkomersialan.
- Perjawatan: Memastikan dasar perjawatan sedia ada dipatuhi sepenuhnya.
- Skim Perkhidmatan: Menilai pematuhan terhadap dasar skim perkhidmatan yang berkuat kuasa.
- Pengoptimuman Sumber Manusia: Meneliti proses kerja bagi meningkatkan produktiviti melalui kaedah yang kreatif dan inovatif.
Bagi memastikan penyelarasan laporan yang sistematik, proses ini menggunakan Sistem INSANI di bawah Sub Modul Audit Perjawatan yang membolehkan integrasi data dan analisa dilaksanakan secara automasi.
Sesi Penutup AKPO ini telah diadakan pada jam 3.30 petang pada hari yang sama secara hybrid. Majlis fizikal telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 5, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, manakala warga jabatan yang lain turut serta melalui platform Google Meet.
Hasil dapatan daripada sesi audit ini akan menjadi input strategik bagi perancangan sumber manusia JPI, terutamanya dalam penyediaan cadangan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bagi tahun-tahun akan datang
Disediakan oleh:
Siti Farah Wahidah Binti Mohamed Saki
Pegawai Eksekutif
BPSSM, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
