STAFF CAREER EMPOWERMENT SIRI 6/2026

STAFF CAREER EMPOWERMENT SIRI 6/2026

Program Staff Career Empowerment Siri 6/2026 telah diadakan pada 19 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar IoS, Kompleks Inspirasi, UiTM Shah Alam dengan penyertaan seramai 20 orang. Program ini telah menampilkan Profesor Ts. Dr. Mohd Fadzil Arshad, Pengarah IIESM sebagai penceramah bagi tajuk Jalan Seorang Mukmin yang Kuat. 

Pada awal sesi perkongsian, beliau berkongsi perjalanan hidup yang berliku sejak di bangku sekolah lagi. Pengalaman beliau yang bekerja bersama bapanya sebagai pelayan di sebuah kafeteria di syarikat pembuatan sarung tangan pada suatu masa dahulu yang menjadi titik mula untuk beliau menjadi seorang insan yang penyabar. Jika tidak kerana pengalaman yang lepas, mungkin beliau tidak akan berada di mana beliau berada sekarang. 

Penceramah turut berkongsi tips bagaimana untuk menjadi seorang mukmin yang berjaya adalah dengan menguatkan asas sebagai seorang umat islam iaitu dengan memahami dan mendalami maksud Rukun Islam dan Rukun Iman. Selepas asas diperkukuh, perkara yang baik akan datang bersama. Peserta juga didedahkan dengan perumpamaan dan juga kata-kata hikmah seperti:

i.    “niat dengan hati,
lafaz dengan lisan,
lakukan dengan perbuatan.”

Maksud tersirat di sebalik ayat ini adalah, setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlulah dimulakan dengan niat, kemudian dilafazkan dengan mulut/ kata-kata dan dizahirkan melalui usaha kita. 

ii.    “Jadikanlah ubat dan gula sebagai pengajaran hidup.” 

Maksud perumpamaan ini adalah, walaupun ubat itu pahit, ianya tetap memberi manfaat dan kebaikan. Gula walaupun ia sedap dan lazat, tetapi ia akan memberi kemudaratan.

iii.    “Jangan asyik menggunakan ayat “kalau”. Yakinlah sesuatu perkara itu adalah ketentuan daripada Allah”

Maksud yang tersirat daripada Profesor Ts. Dr. Mohd Fadzil Arshad ialah penggunaan ayat “kalau” ini adalah merupakan mainan syaitan yang menghasut manusia untuk menghilangkan rasa syukur dan kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar yang merupakan salah satu rukun iman.

Tuntasnya, program ini sedikit sebanyak telah memberi peserta kesedaran tentang kepentingan kerohanian dan spiritual dalam membentuk seseorang itu menjadi lebih kuat mental dan fizikal. Diharapkan perkongsian ini memberi impak positif kepada setiap warga JPI khususnya kepada peserta yang mungkin berada di situasi yang memerlukan sokongan dan dorongan. 

 

Disediakan oleh:

Syed Muhammad Ikhwan Syed Mazlan
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

 

 

Contact Us

Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Aras 5,
Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

 

Tel: 603- 5544 2004  
E-mail : jpi@uitm.edu.my
Hour: 
8.00am - 5.30pm