Program Staff Career Empowerment Siri 6/2026 telah berlangsung pada 11 September 2026 di Bilik Mesyuarat Topaz, Bangunan Wawasan, UiTM Shah Alam dengan penyertaan seramai 24 orang warga JPI. Sesi ini menampilkan Profesor Madya ChM. Dr. Fatimah Salim, Pengarah AuRins sebagai penceramah.
Elemen penting dalam perkongsian beliau adalah ”Be Resilient”. Sejak kecil lagi beliau sudah mempunyai daya tahan yang tinggi dek kerana faktor keadaan keluarga. Oleh sebab itu, apa sahaja yang telah ditempuhi dan dilalui pada masa kini tidak menjadikan beliau mudah untuk berputus asa dan menjadi lebih kuat.
Di samping itu, penceramah juga berkongsi berkenaan kesukaran dan cabaran yang dihadapi beliau dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) di usia muda. Beliau menyatakan bahawa tidak mudah untuk berada di posisi sekarang kerana pelbagai onak dan duri yang perlu ditempuhi dan juga pengorbanan masa dan tenaga sebagai seorang ibu dan isteri yang tidak dilihat oleh orang lain.
Penceramah juga turut berkongsi untuk menjadi staf yang bagus dan berkualiti, seseorang perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Ownership. Jangan tunggu disuruh untuk melakukan sesuatu kerja, lakukan terus apabila kerja diberi.
ii. Visibility. Lakukan kerja yang menampakkan impak.
iii. Reliability. Menjadi orang yang boleh diharap bukan hanya pandai buat sesuatu kerja kerana kedua-duanya memberikan impak yang berbeza.
iv. Continuos Learning. Belajarlah sesuatu yang baharu perkara walaupun ia bukan dalam Job Description tugas hakiki.
v. Solution Mindset. Jadilah seseorang yang mampu menyelesaikan masalah jika tercetus sesuatu masalah.
Di akhir perkongsian, penceramah menyeru agar semua peserta tidak mudah berputus asa dan tidak mengeluh dalam menghadapi cabaran pekerjaan. Beliau turut mengingatkan bahawa kesusahan yang dihadapi hari ini merupakan proses untuk mencapai kesenangan dan kejayaan pada masa akan datang. Dengan mengubah cara berfikir, akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Disediakan oleh:
Syed Muhammad Ikhwan Syed Mazlan
BPSSM
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
