16 April 2025 – Kumpulan 6 Lawatan Industri MeTPI-13 telah mengadakan lawatan ke Ruza Agrotech yang terletak di Lot 193-195 & 3959-3963, Jalan Limau Mandarin, Jalan Kampung Sungai Limau, 09600 Lunas, Kedah. Lawatan ini merupakan sebahagian pengisian MeTPI-13 bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai industri agrotourism serta peluang kolaborasi melibatkan UiTM dan Ruza Agrotech.
Lawatan ini diketuai oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nazri bin Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor PJI UiTM Cawangan Pahang bersama 18 peserta yang terdiri daripada peserta MeTPI-13 serta 2 orang sekretariat daripada UiTM Pulau Pinang. Pihak Ruza Agrotech diwakili Puan Faezah Fahmi Binti Ahmad, Pegawai Bahagian Acara & Penginapan Ruza Agrotech.
Dalam sesi taklimat, pihak Ruza Agrotech telah memberikan penerangan mengenai bidang agrotourism yang diceburi, fasiliti dan kemudahan yang disediakan serta industri lain yang diceburi pihak Ruza Agrotech iaitu industri pembuatan, produk hiliran pertanian, perladangan durian dan industri produk OEM di bawah label Ruza Manufacturing. Peserta juga berpeluang melihat sendiri kemudahan dan fasiliti disediakan serta tarikan utama Ruza Agrotech seperti pameran haiwan tempatan dan luar negara menerusi sesi lawatan tapak yang disediakan oleh pihak Ruza Agrotech.
Dapatan utama dan hasil perbincangan lawatan ini adalah:
- Gabungan akademik (JPI UiTM) dan industri (Ruza Agrotech) akan membuka peluang penambahbaikan bahan produk Ruza Manufacturing.
- Ruza Agrotech telah mempunyai produk sendiri, cuma penambahbaikan diperlukan dari aspek promosi, pembungkusan, logo produk yang boleh dilakukan secara kolaborasi bersama UiTM.
- Peluang kolaborasi dalam Internet of Thing (IOT).
- Ruza Agrotech ada bahan mentah tempatan, peluang inovasi bersama UiTM.
- Cadangan menjemput pihak Ruza Agrotech sebagai juri pertandingan inovasi pelajar.
Penerokaan SDG berkaitan penggunaan bahan seperti sekam padi untuk menghasilkan model haiwan dan patung tumbuhan di Ruza Agrotech. - Pihak UiTM mempunyai pakar yang boleh membantu pihak Ruza Agrotech dalam kenalpasti herba, khidmat nasihat dari penanaman hingga penuaian produk agro.
- UiTM sedia berkolaborasi bagi membantu promosi, media sosial, tambahbaik video korporat Ruza Agrotech.
- Ruza Agrotech mengalu-alukan kolaborasi pelajar latihan industri UiTM, kerjasama untuk menambahbaik aspek peladangan, pelancongan dan lain-lain.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati daripada pihak UiTM dan Ruza Agrotech serta sesi bergambar kenang-kenangan.
Disediakan oleh:
Mohammad Sufian Abdul Manan
Penolong Pendaftar Kanan
Penerbit UiTM